Pekerja Asing | Kekurangan tenaga kerja bukan berpunca KSM

2022-09-23 0

Isu kekurangan tenaga kerja asing seperti didakwa sesetengah majikan bukan berpunca daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM), sebaliknya masalah di peringkat majikan dan agensi.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, sesetengah majikan memilih tenaga kerja asing dari negara sumber tertentu sahaja meskipun kuota dikeluarkan terhad menyebabkan isu itu terus berlarutan.